Pemeriksaan Gigi & Perundingan Rawatan
Kami menyediakan perkhidmataan pemeriksaan gigi dan perundingan rawatan yang sesuai. Pesakit boleh membuat temu-janji terlebih dahulu bersama kami atau terus datang ke cawangan klinik kami untuk membuat pemeriksaan.
Kami sangat mengalu-alukan pelanggan kami supaya sentiasa datang ke mana-mana cawangan klinik kami untuk membuat pemeriksaan gigi dahulu dan mendapatkan perundingan rawatan yang terbaik dari doktor gigi kami. Pelan rawatan yang doktor kami sediaka akan disesuaikan mengikut keadaan gigi dan jenis rawatan, dan kami amat komited untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami sentiasa mendapat rawatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Pengambilan X-Ray
Semasa membuat rawatan di klinik kami, kami sentiasa menyarankan pesakit kami untuk menggunakan teknologi pengambilan x-ray ini. Dengan menggunakan mesin X-Ray ini, doktor kami boleh menunjukkan bilangan, kedudukan dan pertumbuhan semua gigi pesakit, termasuk gigi yang belum muncul. Teknologi OPG x-ray yang kami gunakan ini adalah yang pertama dan satu- satunya di Terengganu yang memberi gambaran imej x-ray keseluruhan gigi pesakit.
Berbanding dengan mesin x-ray pergigian konvensional yang hanya boleh mengambil pemandangan radiografik gigi yang terhad dan perlu mengambil gambar yang banyak, Mesin X-Ray OPG pula boleh mengambil pandangan keseluruhan di bahagaian gigi pesakit. Imej diagnostik ini adalah sangat penting untuk membantu doktor memeriksa keadaan gigi pelanggan kami seperti masalah gigi yang semakin membesar, gigi belum tumbuh, dan memberi penilaian untuk trauma gigi dan lain-lain keabnormalan.
Cabutan Gigi dan Cabutan Gigi Geraham
Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang . Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. Di antaranya adalah kerosakan gigi (gigi berlubang), masalah gusi (gigi longgar), jangkitan kuman, kegagalan rawatan kanal akar(rawatan endodontik) walaupun setelah rawatan diulang beberapa kali, dan kecederaan/trauma gigi yang teruk.
Kadangkala, ada juga masanya gigi yang sihat, perlu dicabut bagi tujuan rawatan ortodontik/pendakap gigi (rawatan untuk mengatur susunan gigi). Doktor kami sentiasa menyediakan pelan rawatan cabutan gigi yang sesuai yang berpatutan, dan komited untuk memberi rawatan yang tidak menyakitkan pelanggan.
Dental Filling / Tampalan gigi
Permintaan untuk mendapatkan tampalan gigi yang mempunyai warna yang sama dengan gigi asal amat tinggi, terutamanya pada zaman era digital ini dimana gambar anda boleh tersiar di mana-mana sahaja. Jadi pelanggan mahu agar gigi mereka kelihatan asli apabila mereka ketawa, bercakap atau tersenyum.
Doktor gigi di Klinik Pergigian Syarifah akan cuba sentiasa mengesyorkan penggunaan bahan komposit yang sama dengan warna gigi asal pesakit untuk tampalan gigi hadapan. Tetapi, jika lubang di gigi terlalu besar atau gigi tersebut menanggung beban pengunyahan, doktor kami mungkin akan mencadangkan penggunaan bahan tampalan lain yang lebih sesuai.
Scaling / Cuci Gigi
Cuci gigi atau lebih popular dengan terma ‘scaling’ adalah proses membuang karang gigi atau plak gigi. Sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak cukup kerana berus gigi tidak dapat menembusi segenap ruang dalam mulut. Tanpa kita sedari bakteria akan berkumpul dalam mulut menyebabkan gigi berlubang termasuk pertumbuhan karang gigi. Oleh itu, proses ini perlu dilakukan untuk membuang karang gigi serta bakteria terkumpul di dalam mulut. Proses ini juga dapat menghindar air liur, bakteria dan protein dari mulut untuk membentuk karang gigi atau plak.
Doktor berpengalaman kami sentiasa memastikan rawatan scaling gigi dilakukan dengan cermat, bersih, selesa, dan tidak menyakitkan. Tambahan pula, anda akan sentiasa berasa yakin untuk senyum selepas proses scaling gigi ini kerana gigi anda nampak lebih cantik dan bersih.
Rawatan Pencegahan
‘Prevention is better than cure’. Perkataan ini amat sinonim dengan rawatan pencegahan yang kami tawarkan di klinik kami. Rawatan pencegahan selalunya bertujuan untuk membunuh kuman dalam mulut dan menguatkan gusi dan gigi untuk memastikan kesihatan oral pelanggan.
Penggunaan ubat gigi, ubat kumur mulut, gel atau varnis berfluorida mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pengabaian kesihatan oral boleh membawa kepada kerosakan gigi. Kerosakan gigi (atau karies gigi) adalah sakit, mahal untuk dirawat dan boleh merosakkan gigi dengan serius.
Crown Treatment / Rawatan Korona Gigi
Korona pergigian ialah sejenis prostesis tetap pergigian yang menutupi keseluruhan atau sebahagian gigi atau implan. Ia bertindak sebagai lapisan yang paling luar gigi. Korona akan disimen pada permukaan gigi secara sementara atau tetap.
Bridge / Rawatan Jambatan Gigi
Dalam kes-kes di mana implan dikontraindikasikan, jambatan (yang merupakan beberapa unit mahkota yang dipasang di antara satu sama lain) digunakan untuk penggantian gigi.
.
Teeth Implant Treatment / Rawatan Implan Gigi
Implant gigi(gigi tanam) adalah sekrup titanium yang ditanam pada rahang gigi berfungsi untuk menggantikan bagian akar gigi. Penanaman dilakukan di tulang rahang atas atau bawah, memungkinkan tersambungnya gigi pengganti dengan tulang.
Root Canal Treatment / Rawatan Akar Gigi
Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
.
Minor Operation Surgery (MOS)Pembedahan Gigi (MOS)
Prosedur Minor operation Surgery ( MOS ) iaitu satu pembedahan kecil yang menggunakan bius setempat untuk mengeluarkan gigi geraham bongsu.
Acrylic & chrome cobalt dentures / Gigi Palsu Akrilik & Chrome Cobalt
Gigi palsu adalah sejenis peralatan gigi lepas pasang, dibuat untuk menggantikan gigi yang telah tanggal. Terdapat 2 jenis gigi palsu iaitu daripada akrilik dan chrome cobalt. Gigi palsu jenis akrilik nampak lebih natural, namun tidak tahan lama dan dekapan kurang kuat berbanding chrome cobalt.
Gigi Palsu chrome cobalt dibuat dari logam, dan ianya lebih nipis, lebih kuat dan lebih ringan daripada gigi palsu akrilik.
.
Tooth Whitening Treatment / Rawatan Pemutihan Gigi
Satu proses memutihkan gigi menggunakan beberapa bahan yang disapu di permukaan gigi.
Braces treatment / Rawatan Pendakap Gigi
Penyokong atau pendakap gigi digunakan dalam rawatan ortodontik untuk meluruskan gigi yang dipindahkan atau tidak sengaja.
.
Veneers treatment / Rawatan Veneers Gigi
Rawatan dental veneer boleh di buat untuk mendapatkan result yang cepat bagi menutup ruang tengah gigi atau juga dipanggil distema.
Terdapat 3 jenis rawatan veneers gigi yang ditawarkan iaitu Composite, Componeer, dan Porcelain Veneer.
Composite Veneer dibuat menggunakan bahan komposit dan boleh siap dalam masa sehari. Componeer dibuat dari fiber komposit. Ia adalah model pasang siap, dan boleh disediakan dalam masa sehari. Porcelain veneer pula adalah jenis veneer yang dibuat daripada porcelain. Ia lebih kuat dan warnanya lebih cantik dari veneer gigi komposit dan componeer. Ia perlu ditempah dan memerlukan dalam masa 2 hingga 3 minggu untuk dihasilkan.
Rawatan Pembuangan Mukosel
Mukosel mulut, adalah lepuh yang tidak menyakitkan yang muncul di permukaan mulut. Ia sering kelihatan jelas atau berwarna biru, licin, dan berbentuk bulat. Ia biasanya tumbuh di permukaan dalaman bibir bawah, di dalam pipi, dan permukaan bawah lidah. Walaupun mukosel biasanya tidak menyakitkan, mereka mungkin menghalangi mengunyah, berbicara, menelan, dan bernafas, bergantung pada ukurannya, yang berkisar antara satu milimeter hingga dua sentimeter.
Pakar pergigian kami biasanya dapat mendiagnosis mukokel mulut ini. Sekiranya terdapat ketidakpastian, profesional pergigian anda juga boleh melakukan ultrasound atau biopsi. Dalam kebanyakan kes, rawatan mukosa mulut tidak diperlukan kerana mukosel ini pecah sendiri – biasanya selepas tiga hingga enam minggu.
Sekiranya mukokel berterusan atau bersaiz besar, profesional pergigian anda mungkin menggunakan krioterapi, rawatan laser, atau pembedahan untuk membuangnya.