Kami di Klinik Pergigian Syarifah cawangan Teluk Sisek, Kuantan ada menyediakan semua jenis rawatan penggantian gigi yang dinyatakan diatas. Anda boleh lihat sendiri dan nilai hasil rawatan dari doktor-doktor pakar kami.

Siapa lagi pernah rasa macam ni? Tambah pula masih muda, mestilah tak nak pakai gigi palsu kan?

Gigi yang hilang perlu segera diganti. Tapi KENAPA??
1) Fungsi gigi perlu dikembalikan supaya ANDA boleh mengunyah makanan dengan sempurna & selesa.
2) Nilai Estetik yang akan membantu rupa pesakit kembali kepada biasa dengan pengantian gigi.
3) Menambahbaik cara percakapan dengan mengurangkan pelat.

Akibat kehilangan gigi

Kesukaran menyebut sesetengah perkataan (percakapan menjadi tidak jelas)

Wajah akan kelihatan lebih tua kerana gigi ronggak.

Ruang kosong yang tiada gigi akan mengakibatkan pergerakan gigi antara ruang kosong gigi kiri dan kanan. Sekaligus menyebabkan masalah gusi dan lubang pada gigi lain-lain. (kesukaran untuk memberus gigi)

Tapi jangan risau… gigi anda BOLEH diganti dengan menggunakan pelbagai pilihan teknologi pergigian estetika yang terkini.

Rawatan Gigi Palsu / Denture

Rawatan Gigi Palsu / Denture adalah rawatan penggantian gigi yang paling murah. Dengan menggunakan gigi palsu, gigi dapat berfungsi dengan normal, namun ada kemungkinan pemakai gigi palsu berasa janggal dan kurang selesa. Gigi palsu tidak bersifat kekal dan boleh ditanggalkan. Terdapat beberapa jenis denture yang boleh didapati seperti cobalt chrome atau acrylic

Rawatan Jambatan Gigi / Bridge

Rawatan jambatan atau ‘bridge’ yang mana dinamakan sempena dua tiang untuk menyokong gigi di tengah yang hilang dan kesesuaian pemilihan rawatan ini bergantung kepada keadaan mulut pesakit dan kepakaran doktor. Rawatan ini kebiasaannya digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Tidak seperti dentur, bridge gigi disimenkan tetap pada gigi asli ataupun pada implant. Gigi asli ini dipanggil gigi tupang yang bertindak sebagai penyokong jambatan. Gigi yang diganti dikenali sebagai pontik yang dihubungkan kepada korona yang meliputi gigi tupang.

Rawatan Implant

Implan gigi adalah penggantian tiruan untuk gigi yang hilang bersama-sama akarnya. Fikstur titanium/porcelin akan ditanamkan ke dalam tulang untuk menggantikan akar gigi yang hilang. Ia tetap pada kedudukannya dan boleh membantu memelihara tulang sekeliling. Dari segi estetika, implan gigi memberikan kestabilan dan kelihatan seperti gigi asli. Implan gigi adalah rawatan penggantian gigi yang paling mahal, namun mempunyai banyak kelebihan berbanding rawatan biasa seperti tahan lama, selesa, mencegah kegelinciran atau pergerakan gigi bersebelahan, dan dapat merendahkan kadar kehilangan tulang.

Datanglah ke Klinik kami di

Sri Kuantansquare, B – 8010, Jalan Teluk Sisek
25050 Kuantan, Pahang

https://goo.gl/maps/pWaBRoWEpXSP2cb96

Kami buka setiap hari dari 9:00 am hingga 9:00 pm

Atau hubungi klinik kami di talian

019-981 4913
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau klik butang WHATSAPP di bahagian bawah ini untuk terus chat dengan wakil klinik kami