Peneraju Teknologi Pergigian di Pantai Timur
Adakah takut dengan prosedur rawatan pergigian lama? Anda risau sakit apabila melakukan prosedur pergigian menggunakan kaedah lama? Atau anda merasa yakin dengan kemahiran doktor gigi tetapi mempunyai keraguan apabila mereka tidak menggunakan peralatan pergigian yang betul?
Di Klinik Pergigian Syarifah, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan alat dan teknologi pergigian terkini kepada doktor gigi untuk merawat pesakit mereka agar pelanggan kami berasa selesa dan selamat sewaktu melakukan rawatan. Kami berharap dengan teknologi ini, prosedur rawatan pesakit kami akan menjadi lebih cepat, lebih mudah, kurang menyakitkan, dan akan lebih selesa bagi doktor gigi dan pesakit.
Mesin OPG X-Ray
Teknologi pergigian pertama dan satu- satunya di Terengganu yang memberi gambaran imej x-ray keseluruhan gigi pesakit. Mesin OPG X-ray ini menggunakan filem x-ray yang diambil pada mesin khas untuk mencatat radiograf yang menunjukkan imej 2 dimensi struktur rahang keseluruhan termasuk semua gigi. Mesin OPG boleh mengambil visual keseluruhan pergigian dengan sekali imbas sahaja jika dibandingkan dengan mesin x-ray pergigian konvensional yang hanya boleh mengambil visual pemandangan radiografik gigi yang terhad dan terpaksa diimbas beberapa kali. Diagnostik dari imej X-Ray ini amat penting agar doktor dalam diagnosis doktor seperti memeriksa keadaan gigi yang semakin membesar, gigi yang belum tumbuh tidak sekata, lokasi dan bilangan gigi, atau masalah lain yang mungkin tidak dapat diimbas oleh mesin x-ray pergigian konvensianal.
INTRA ORAL CAMERA
Alat ini membantu doktor membuat analisa dan diagnosis masalah gigi anda dengan cepat dan tepat dengan cara memaparkan visual keadaan gigi pesakit secara lansung dengan bantuan kamera dan monitor. Kamera akan mengimbas permukaan gigi dan gusi dan memaparka
WHITENING SYSTEM
Rawatan pemutihan gigi menggunakan teknologi laser (rawatan di klinik) dan homekit iaitu pemutihan gigi yang dijalankan dirumah.