Tentang Kami

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (milik penuh Klinik Pergigian Syarifah Fazlina Sdn. Bhd.) telah beroperasi sejak November 2008 di cawangan utama iaitu Geliga, Kemaman (Terengganu) bertujuan menyediakan perkhidmatan pergigian untuk pesakit di sekitar Kemaman serta Terengganu amnya. Selama 14 tahun beroperasi (sejak 2008 sehingga 2022), kami telah mempunyai sepuluh (10) cawangan sehingga kini. Antara cawangan kami di Terengganu terletak di Geliga, Kerteh, Paka, Chukai dan Dungun manakala di Pahang terletak di Teluk Sisek, Indera Mahkota 8, Balok, Temerloh dan Jaya Gading. Selain itu, Klinik Pergigian Syarifah juga telah membuka makmal untuk membuat gigi palsu yang diberi nama The Dental Oven dan membuka perniagaan berkaitan dengan produk pergigian yang diberi nama GG Bumi. Setelah berkembang pesat, Klinik Pergigian Syarifah mengembangkan sayapnya bagi meluaskan perkhidmatan pergigian dengan membuka perniagaan berkaitan teknikal serta penyelenggaraan klinik yang diberi nama Technical Consult. Kini, terdapat 21 orang doktor dan 115 orang pekerja tetap yang bernaung di bawah Klinik Pergigian Syarifah. Klinik Pergigian Syarifah juga telah memberi peluang dengan mengambil doktor locum di hospital yang berdekatan dengan cawangan klinik kami bagi membantu menjalankan operasi klinik.

DENTAL ONE STOP CENTRE
Kami berazam untuk menjadi pusat pergigian utama di Pantai Timur yang menyediakan segala jenis perkhidmatan pergigian, merangkumi semua peringkat umur. Kami komited untuk menyediakan khidmat pergigian yang terbaik dan berkualiti kerana doktor gigi kami terdiri dari pakar Oral Surgery, Pakar Orthodontic, dan Pakar Prostodontic, sekaligus membolehkan kami menyediakan pelbagai jenis rawatan pergigian dan kecantikan oral berkualiti, berpadanan dengan prinsip kami iaitu “Providing Wide Range of Dental Treatment with Best Quality